fbpx

Tag keluar masuk kompleks bebas cukai KLIA rupanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tag yang disangka individu HSO rupanya adalah tag keluar masuk kompleks bebas cukai KLIA

KLANG – Penunggang motosikal yang tular gambarnya memakai gelang merah jambu sebenarnya adalah tag keluar masuk kompleks bebas cukai Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini.

Kejadian dikatakan berlaku pukul 10 pagi tadi selepas lelaki berusia 35 tahun itu pulang dari tempat kerjanya di Seksyen 15, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pengesahan tersebut selepas siasatan lanjut dijalankan terhadap lelaki yang tular itu.

Menurut beliau, lelaki berkenaan merupakan pemandu lori dengan semasa kejadian menunggang motosikal milik adik perempuannya berusia 32 tahun beralamat di Pelabuhan Klang.

“Siasatan mendapati lelaki itu mengakui gambar tular itu semasa pulang dari tempat kerja yang terletak Seksyen 15, Shah Alam selepas selesai urusan penghantaran barang di kompleks bebas cukai KLIA.

“Gelang yang dipakai merupakan tag keluar masuk kompleks bebas cukai KLIA,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular gambar di laman sosial seorang lelaki sedang menunggang sebuah motosikal dengan memakai gelang berwarna merah jambu di pergelangan tangan kiri lelaki tersebut.

Situasi seterusnya mencetuskan panik berikutan penggunaan gelang merah jambu dikaitkan individu yang dikehendaki menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI