fbpx

Mengenang waktu berseorangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
ADHAM SHADAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

“Semasa Aidilfitri lalu, sewaktu negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aku masak rendang sendiri. Memang tak pernah sangka yang aku boleh masak rendang.

Disebabkan tak boleh balik kampung dan hanya beraya seorang diri di rumah, aku pun berusahalah buat rendang sendiri dengan mempelajarinya di YouTube.”

Kongsi salah seorang rakan penulis sewaktu kami menikmati makan tengah hari baru-baru ini bersama beberapa rakan lain.

Seorang lagi rakan pula berkata, sudah pandai buat kek sendiri dan seorang lagi sudah mahir membaiki sendiri peralatan elektrik di rumah.

Sememangnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada saat ini mengingatkan warga kota kepada saat-saat getir PKP lalu.

Tidak hairanlah ada dalam kalangan rakan penulis yang rancak memasak semasa PKP kembali memaparkan gambar-gambar masakannya di media sosial kerana memasak semula setelah mungkin agak lama dapur tidak berasap apabila PKP beralih fasa ke PKP Pemulihan sejak Jun lalu.

Sehinggalah baru-baru ini apabila PKPB dikuatkuasakan semula di beberapa negeri berikutan peningkatan kes Covid-19.

Bukanlah artikel ini ditulis untuk menyeru negara kembali melaksanakan PKP kerana penilaian terletak kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menilai keseriusan pandemik pada masa ini dan mungkin tindakan PKP pada saat ini melumpuhkan kembali ekonomi negara yang baru sahaja bertatih setelah seluruh negara melalui tempoh PKP panjang beberapa bulan lalu.

Sebaliknya, artikel ini ditulis untuk kita menyedari keupayaan diri sendiri yang sebenarnya mampu berdikari melakukan apa-apapun di saat sulit dan sukar mendapatkan pertolongan orang lain.

Di kala terpaksa terperuk sendiri atau hanya bersama keluarga semata-mata di rumah dan tidak boleh sewenangnya keluar atau memanggil orang ke rumah, kita mencari jalan sendiri untuk selesaikan segala masalah di dalam rumah.

Sekalipun tiada faktor luaran yang mendesak, kita sebenarnya mempunyai potensi lebih daripada yang kita jangkakan jika kita memaksa dalaman diri kita secara maksimum untuk lakukannya dengan kuasa imaginasi desakan.

Sekadar contoh, jika kita mahu memanjat tembok tinggi kata orang bayangkanlah seperti diri kita sedang dikejar buaya yang ganas, mungkin segala kemustahilan boleh menjadi realiti.

Dalam Islam juga diingatkan supaya beribadahlah dengan bayangan kita akan mati keesokan hari.

Kerana apa? Kerana dengan pemikiran seperti itu menyebabkan kita berusaha melakukan ibadah yang paling berkualiti dan itulah sahaja peluang yang ada untuk menjadi bekalan sewaktu berseorangan di dalam kubur tanpa ada apa-apa bantuan.

Pujangga Inggeris ada menyebutkan: Perjalanan yang paling sukar ialah berjalan seorang diri tetapi itulah perjalanan yang menjadikan kita paling kuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI