fbpx

Langkah MBSP kekang penularan Kluster Alma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozali ketika memberi kenyataan media secara langsung menerusi laman Facebook MBSP, hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan meningkatkan pemantauan terhadap premis-premis yang menjadi lokasi tumpuan awam di ketiga-tiga daerah di sini susulan pertambahan kes Covid-19 menerusi Kluster Alma.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, antara premis yang akan dipantau termasuk 2,012 buah restoran, (387) kedai gunting rambut, (17) rumah urut, (50) pasar malam, (18) pasar pagi, (180) salun rambut dan (39) salun kecantikan.

Pada masa yang sama katanya, kerja-kerja sanitasi akan dijalankan secara lebih kerap di pasar-pasar awam dan kompleks-kompleks makanan terutamanya yang berisiko serta mempunyai rekod berkaitan kes positif Covid-19.

“Pihak MBSP juga akan mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera terhadap semua peniaga, pengunjung atau pelanggan mana-mana premis yang berkaitan supaya tidak wujud lagi isu pemalsuan maklumat diri dan nombor telefon.

“Dalam hal ini, kelonggaran hanya akan diberikan kepada mereka yang benar-benar tidak tahu atau tidak mampu melakukannya sahaja,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook MBSP, hari ini.

Rozali berkata, tindakan drastik seperti menarik balik lesen atau menutup mana-mana premis yang dikesan ingkar atau masih berdegil untuk mematuhi arahan itu akan diambil jika pihaknya menerima aduan berterusan mengenai perkara tersebut.

Mengulas lanjut kata Rozali, MBSP juga akan memperkemaskan perimeter di pasar-pasar awam serta kompleks-kompleks penjaja supaya semua pengunjung atau pelanggan masuk dan keluar melalui yang disediakan sahaja selain memastikan suhu mereka diperiksa setiap hari bermula hari ini.

Tambah beliau, semua aktiviti atau gotong-royong di Seberang Perai juga perlu ditangguhkan buat sementara waktu kecuali bagi kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan terlibat dengan kes denggi atau chikugunya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI