fbpx

862 kes positif, tiga kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 862 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada satu kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 22,225 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 860 kes adalah penularan tempatan manakala dua kes import dari Mesir dan Indonesia.

“Sabah masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 673 termasuk 231 kes dari Penjara Kepayan, Selangor (132), Kedah (17) dan Perak (sembilan).

“Kluster yang dikesan hari ini ialah Kluster Kertang di Kota Belud, Sabah,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 193.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 634 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 14,351 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI