fbpx

Pencemaran disyaki dari kilang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim ( dua dari kanan) membau sampel air tercemar di LRA Sungai Selangor Fasa 2

KUALA SELANGOR – Pencemaran bau yang mengakibatkan empat buah Loji Rawatan Air ( LRA) dihenti tugas dipercayai berpunca daripada sebuah kilang haram.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemungkinan itu disandarkan sisa pencemaran adalah daripada bahan pelarut seperti sebelum ini.

Katanya, bagaimanapun kadar Ton pencemaran adalah rendah iaitu di paras 3.

“Kemungkinan itu tetap ada namun siasatan lanjut masih dijalankan oleh semua pihak terlibat.

“Tambahan,kilang-kilang yang mempunyai lesen akan takut melakukan pencemaran,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau LRA Sungai Selangor Fasa 2 di sini sebentar tadi.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan modus operandi penjenayah alam sekitar ini adalah melakukan pencemaran pada hujung minggu dan malam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI