fbpx

Lapan jam naik motosikal demi kecintaan terhadap sukan hoki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURAENI dari Sukabumi perlu menempuh perjalanan selama lapan jam dengan menunggang motosikal semata-mata untuk menghadiri latihan bersama pasukan hoki di Jawa Barat, Indonesia. – FACEBOOK DHARMA RAJ

BEKAS ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah melakukan tabik terhadap pengorbanan yang ditunjukkan oleh salah seorang pemainnya dari Indonesia, Euis Nuraeni demi kecintaannya terhadap sukan hoki.

Dhaarma berkongsi kisah Nuraeni dalam laman sosial Facebook miliknya yang sanggup berkorban menunggang motosikal selama lapan jam untuk pulang ke rumahnya selepas tamat sesi latihan bersama pasukan hoki Jawa Barat.

“Pemain hoki wanita dalam dewan Jawa Barat bertolak pulang ke rumah selepas tamat latihan pagi di Sukabumi, Indonesia.

“Perjalanan pulangnya memakan masa selama lapan jam menggunakan motosikal.

“Esok pagi dia akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru sekolah,” kata Dhaarma yang dipetik dalam laman Facebook miliknya semalam.

Sebagai rekod, Nuraeni merupakan sebahagian daripada skuad wanita Indonesia yang meraih pingat perak dalam acara hoki dalam dewan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas tewas 1-4 di pentas final kepada Thailand.

Lebih menarik, Nuraeni pernah menjaringkan satu gol ketika mencatat keputusan seri 1-1 de­ngan skuad hoki wanita dalam dewan Malaysia pada temasya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI