fbpx

Air di Selangor perlu ‘berubat’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan meminta air di Selangor berubat yang tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR- Netizen Malaysia menggunakan laman media sosial untuk meluahkan rasa hampa mengenai gangguan bekalan air di Selangor dengan usikan dan troll yang kreatif.

Seorang pengguna Twitter, @najwamutalib mahu air di negeri Selangor pergi ‘berubat’ memandangkan kerap kali berlaku ‘gangguan’ bekalan air.

“Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan sahaja,” katanya menerusi satu ciapan yang tular semalam.

Ada juga yang meletakkan gambar seorang ‘dukun’ yang tidak mampu menghadapi gangguan bekalan air.

“Dikhabarkan dari seorang dukun yang mahir merawat gangguan jin, saka, hantu raya. Katanya dalam banyak-banyak gangguan, gangguan yang dia tak mampu hadapi ialah gangguan bekalan air,” menurut kapsyen yang disertakan dengan gambar tular tersebut.

Seorang lagi pengguna, @ej8312 pula menghasilkan video berbentuk roda nasib yang memaparkan senarai alasan-alasan yang kerap diberi Air Selangor apabila gangguan bekalan berlaku.

Antara alasan itu ialah sungai tercemar, kerja binaan, paip bocor, paip lama dan gangguan jin.

Selangor menjadi ‘trending’ di laman Twitter dengan lebih 40,000 ciapan sehingga pukul 2 petang tadi, dengan rata-rata ciapan ialah berkenaan dengan masalah gangguan bekalan air.

Kosmo! sebelum ini melaporkan empat buah Loji Pembersihan Air (LPA) telah dihenti tugas lebih sejam bermula tengah malam tadi akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataannya memaklumkan empat LPA tersebut adalah Sungai Selangor fasa 1, 2 dan 3 (SSP1, SSP2 dan SSP3) dan Rantau Panjang bermula 12.30 tengah malam hingga 2 pagi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI