fbpx
Penjara Seberang Perai. - Gambar hiasan.

Pegawai Penjara Seberang Perai pula positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Seorang pegawai di Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal dekat sini menjadi kakitangan Jabatan Penjara Pulau Pinang pertama dikesan dijangkiti Covid-19 semalam.

Pengarah Penjara negeri, Roslan Mohamed berkata, daripada 26 kes aktif yang dilaporkan semalam di penjara berkenaan satu di antaranya melibatkan seorang pegawai penjara di sana.

“Kami masih belum dapat memastikan dari mana punca jangkitan membabitkan pegawai berkenaan yang kini di rawat di Hospital Pulau Pinang.

“Kesemua kontak rapat pegawai berkenaan termasuk ahli keluarga telah disaring dan masih menunggu keputusan saringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Setakat semalam, Kluster Penjara Seberang Perai telah mencatatkan sebanyak 54 kes manaka Kluster Penjara Reman pula merekodkan 377 kes dengan satu kematian.

Sementara itu, Roslan berkata, pihaknya mengalami kekurangan pelitup muka ketika ini dan memerlukan kira-kira 4,500 keping setiap hari. – K! ONLINE