fbpx

Nestle sumbang RM5 juta kepada pengusaha F&B tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Some of Nestle's latest products.

KUALA LUMPUR – Nestle (M) Bhd. (Nestle) telah menyalurkan sehingga RM5 juta untuk membantu 15,000 pengendali makanan dan minuman ­(F&B) tempatan bagi meneruskan perniagaan ketika berdepan persekitaran ekonomi sukar kini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, agihan sumbangan tersebut dilaksanakan melalui kempen Bangkit Bersama anjuran syarikat sebagai sebahagian daripada usa­hanya membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurut beliau, melalui kempen yang diterajui oleh Nestle Profesional, pihaknya telah me­lancarkan beberapa inisiatif termasuk program bantuan perniagaan dan sumbangan wang tunai untuk membantu kedai kopi, kedai mamak serta kedai makan dan restoran.

Syarikat turut memberi sumbangan kepada persatuan perniagaan tempatan menerusi derma tunai, makanan dan bekalan lain seperti pelitup muka percuma untuk diagihkan kepada ahli-ahli mereka.

 

PEGawa[ Eksekutif Perniagaan Nestle Profesional, Yit Woon Lai (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Presiden MSCSPGA, Datuk Ho Su Mong (dua dari kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Antara perniagaan tempatan yang menerima sokongan sepanjang kempen ini adalah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia, ­Persa­tuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) serta Persatuan Hotel-Hotel Malaysia,” ujarnya.

Selain itu, Nestle juga akan membantu pengendali F&B bersaiz kecil dan sederhana untuk meneroka peluang komersial baharu dan melancarkan penyelesaian teknikal baharu yang menyokong proses pendigitalan bagi segmen pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI