fbpx
KONTA membuat keputusan menarik diri daripada aksi Terbuka Ostrava minggu depan ekoran bimbang dengan penularan Covid-19. – AFP

Konta tarik diri kerana bimbang Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bintang tenis Britain, Johanna Konta membuat keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan WTA Terbuka Ostrava minggu depan di Republik Czech selepas bimbang dengan pe­ningkatan semula kes Covid-19.

Konta dilihat mam­pu melakukan persiapan terbaik menjelang saingan musim 2021 nanti selepas gagal tampil cemerlang apabila tewas kepada pemain remaja Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff di pusingan pertama Terbuka Perancis bulan lalu.

Lebih mengecewakan, pemain ranking ke-13 dunia itu turut ter­singkir di tangan pemain Romania, Sorana Cirstea di pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada September lalu.

Kegagalan itu, menyebabkan Konta membuat keputusan memecat jurulatihnya, Thomas Hogstedt yang sebelum ini melatih Maria Sharapova dan Caroline Wozniacki.

“Konta membuat keputusan untuk tidak menyertai kejoha­nan WTA di Ostrava kerana bimbang dengan peningkatan kes Covid-19,” kata penganjur.

Pemain berusia 29 tahun itu berada di London ketika ini dan negara tersebut beralih ke fasa penutupan Tahap 2 yang bermaksud setiap rakyat negara itu dilarang untuk melakukan sebarang pertemuan.

Bintang Ukraine, Elina Svitolina antara pemain yang membuat keputusan untuk bertan­ding di kejohanan tersebut yang dijadualkan bermula pada Isnin. – AGENSI

BERITA BERKAITAN