fbpx

Bekalan air pulih sepenuhnya Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan paip bocor di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Bekalan air kepada 686 kawasan yang terjejas akibat paip air terawat pecah di Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) akan pulih sepenuhnya Selasa ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan LRA SSP1 telah beroperasi semula pada pagi tadi dan bekalan air telah diagihian ke sistem agihan bekalan air pukul 12 tengah hari tadi.

Katanya, pelan pemulihan untuk lima wilayah yang terjejas iaitu Petaling, Klang,Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor telah dibahagikan kepada dua kumpulan utama.

“Kumpulan pertama melibatkan 241 lokaliti di kelima kawasan itu akan pulih sepenuhnya pukul 2 petang esok.

“Sementara, selebihnya 445 lokaliti lagi akan pulih pada Selasa ini,” katanya.

Justeru, Air Selangor berharap para pengguna menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di semua kawasan terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pemulihan bekalan air.

Tambahnya, sebanyak 88 lori tangki telah digerakkan ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan yang terjejas.

“Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili-pili awake yang disediakan dalam tempoh pemulihan tersebut.

“Status pemulihan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut saluran rasmi Air Selangor di lama twitter, Facebook dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya.

Terdahulu, LRA SSP1 terpaksa dihenti tugas separa bagi aktiviti pembaikan paip air terawat yang bocor sehingga menjejaskan 686 kawasan di Lembah Klang. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI