fbpx

871 kes positif, empat kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 871 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada empat kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 20,498 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 866 kes adalah penularan tempatan manakala lima kes import dari India, Nepal dan Singapura.

“Sabah kekal negeri paling tinggi merekodkan kes Covid-19 dengan 702 kes.

“Kluster yang dikesan hari ini ialah Kluster Penjara Kepayan di Sabah, Kluster Auto di Selangor, Kluster Bah Layangan di Labuan dan Kluster Alma di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tujuh lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 187.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 701 kes pulih dilaporkan hari ini iaitu jumlah paling tinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Jumlah keseluruhan kes pulih adalah 13,262 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI