fbpx

Tujuh anggota MPV IPD Ipoh diberi penghargaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz (empat dari kanan) memberi penghargaan kepada tujuh anggota MPV selepas mereka berjaya mematahkan cubaan pecah rumah dalam kejadian di Taman Binaria, Ipoh kelmarin.

IPOH – Tujuh anggota pasukan peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dijulang sebagai wira apabila berjaya mematahkan cubaan pecah rumah dalam kejadian di Taman Binaria di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, tiga unit MPV dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti itu segera bertindak ke lokasi kejadian dalam tempoh lima minit selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Curiga dengan kehadiran dua lelaki di rumah jiran pada pukul 5.30 pagi, individu tersebut segera memaklumkan kepada polis menerusi panggilan Mers 999.

“Tiga unit MPV terus bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya mengepung serta menahan seorang lelaki yang berada di dalam rumah mangsa,” katanya pada sidang akhbar di IPD Ipoh hari ini.

Tambah A. Asmadi, seorang lagi suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dalam kejadian tersebut namun polis telah mengenal pasti lelaki tersebut.

“Polis merampas pemutar skru, pemotong besi dan jek kereta yang dipercayai digunakan untuk pecah masuk rumah mangsa.

“Semakan rekod mendapati suspek berusia 27 tahun yang ditahan itu mempunyai sepuluh rekod lampau dan dia baharu sahaja keluar dari penjara sebulan yang lalu,” katanya.

Katanya, ujian air kencing juga mendapati suspek juga positif dadah jenis methamphetamine.

“Kertas siasatan yang telah lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kes disiasat mengikut Seksyen 411 dan 457 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi dan pecah rumah,” katanya.

Terdahulu, tujuh anggota MPV tersebut diberi sijil penghargaan yang disampaikan oleh A. Asmadi.

Menurut A. Asmadi, pihaknya juga bercadang memberi penghargaan sama kepada orang awam yang melaporkan kejadian tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI