fbpx

NUBE mahu moratorium bagi tempoh tiga bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) menggesa kerajaan untuk melaksanakan semula moratorium keseluruhan sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.

Setuiausaha Agungnya, J. Solomon berkata, usaha tersebut perlu seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti B40, M40 dan Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS).

“Golongan ini merupakan golongan yang terbukti paling terjejas akibat impak ekonomi disebabkan Covid-19.

“Kegagalan untuk melaksanakan moratorium secara menyeluruh akan hanya mencetuskan risiko percambahan keluarga dihimpit kemiskinan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pelaksanaan PKPB di pusat-pusat atau nadi ekonomi negara telah menjejaskan aktiviti perniagaan dan akan memburukkan lagi usaha meingkatkan semula ekonomi.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka menguncup lebih lima peratus tahun ini.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan harus cepat bertindak bagi melindungi kebajikan kumpulan berpendatan rendah ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI