fbpx

SOP Mukim Klang terbatal susulan pelaksanaan PKPB di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
36 kawasan di Mukim Klang.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor mulai hari ini, prosedur operasi standard (SOP) PKPB di mukim Klang yang diumumkan sebelum ini adalah terbatal, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Oleh kerana kerajaan telah umumkan PKPB di seluruh Selangor maka, SOP yang diumumkan di Mukim Klang adalah terbatal,” katanya.

Berhubung isu penangguhan solat Jumaat dan solat fardu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, Ismail Sabri menjelaskan, ia hanya cadangan daripada kerajaan dan keputusan berkaitan perkara itu akan diputuskam oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Berkaitan solat ini, ia akan diumumkan oleh pihak berkuasa agama sama di peringkat Wilayah Persekutuan atau negeri Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seluruh dunia kini berdepan dengan gelombang ketiga penularan Covid-19.

“Kalau kita lihat dari segi kes positif, di seluruh dunia ada peningkatan. Gelombang ketiga berlaku dimana-mana sahaja di seluruh dunia.

“Setakat hari ini, kes positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 38.4 juta kes dengan kematian 1.109 juta orang.

“Negara yang mempunyai jumlah tertinggi kes positif adalah Amerika Syarikat dengan 8 juta kes diikuti India (7 juta kes) dan Brazil (5.1 juta kes),” katanya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI