fbpx

Enam individu dikompaun, tidak mengenakan pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh IVAN AMIRUL

LABUAN – Enam individu dikompaun RM1,000 setiap seorang ekoran tidak mengenakan pelitup muka dalam Op Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Operasi membabitkan 30 anggota termasuk pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Penguatkuasa Perbadanan Labuan itu bermula pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, operasi tersebut yang melibatkan seluruh Labuan merangkumi pemantauan dan pemeriksaan sekaligus mengeluarkan kompaun ke atas individu yang gagal mematuhi SOP.

“Seramai lima lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 23 sehingga 36 tahun dikenakan kompaun di enam lokasi berbeza atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

“Antara lokasi individu yang dikenakan kompaun termasuklah hadapan premis makanan, kedai runcit, dobi dan kawasan awam yang lain,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Muhamad Farid berkata, semua individu terbabit melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No 8) 2020 dan dikenakan kompaun bernilai RM1,000 setiap seorang.

“Sebanyak 48 premis diperiksa dalam operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan hari ini di sekitar Labuan.

“Kita akan terus melaksanakan Op Bersepadu Penguatkuasaan SOP PKPP ini bagi membendung penularan wabak Covid-19 dari semasa ke semasa,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN