fbpx

Sokongan kepada Anwar kekal misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Anwar memasuki Istana Negara, kira-kira pukul 10.25 pagi tadi.

KUALA LUMPUR- Teka-teki sokongan Ahli Parlimen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum terjawab meskipun setelah sejam Ahli Parlimen Port Dickson itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar tiba di Istana Negara pukul 10.25 pagi tadi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, petugas media yang menunggu sejak pagi hampa apabila tiada kenyataan dikeluarkan Anwar.

Beliau dilihat terus meninggalkan pintu Istana tanpa bercakap kepada media.

Beberapa penyokong Anwar daripada kumpulan Otai Reformis turut berada di hadapan Istana Negara sambil melaungkan ‘Reformasi’ sebagai tanda sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat itu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Anwar Ibrahim dija­dualkan menghadap baginda di Istana Negara pukul 11 pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, agenda pertemuan itu bagaimanapun bukan untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diterima ahli parlimen itu.

“Pertemuan itu adalah sesi menghadap Yang di-Pertuan A­gong oleh Anwar yang mendakwa dirinya Ketua Pembangkang yang tertangguh sebelum ini. Beliau yang memohon menghadap baginda.

“Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan Ahli Parlimen, tetapi jika beliau ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Terdahulu, Anwar mengumumkan mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen yang disifatkan sebagai ‘kuat dan meyakin’ untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI