fbpx

MHC tunda Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia di UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Malaysia, Aminuddin Zain (tengah) menggalas cabaran negara pada Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2019 di Chonburi, Thailand. – MHC

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengambil keputusan menangguhkan penganjuran edisi pertama Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 24 Oktober ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

MHC telah menerima surat pe­makluman daripada UPSI me­ngenai saranan Kementeri­an Pengajian Tinggi (KPT) agar menunda sebarang kejohanan berskala besar berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ketika ini.

Naib Presiden MHC, Shurizan Mansor menjelaskan, pihaknya sepakat untuk menangguhkan MIHL 2020 selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan dan Akademi Hoki Raja Ashman Shah secara online pada Sabtu lalu.

“UPSI dipilih sebagai venue kejohanan dan kami sedia maklum institusi pengajian tinggi (IPT) terikat dengan peraturan yang telah dikeluarkan KPT. Kami menghormati peraturan ini termasuk larangan untuk mengadakan aktiviti secara bersemuka.

“Kami juga menerima penyertaan dari Sabah iaitu negeri de­ngan taburan kes Covid-19 yang tinggi. Jadi, mustahil untuk Sabah melakukan perjalanan bagi menyertai kejohanan ini.

“Selepas mendapat persetujuan daripada Ahli Lembaga ­Eksekutif MHC, kami sebulat suara menangguhkan penganjuran MIHL 2020 setelah meneliti pelbagai situasi yang turut berkait dengan penularan pandemik Co­vid-19 di Malaysia,” katanya.

Bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak terlibat dalam arena hoki tanah air, MHC akan terus memastikan setiap saranan serta pandangan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kini cukup membimbangkan.

Minggu lalu, badan induk sukan hoki negara itu mengumumkan pembatalan penganjuran Liga Hoki Remaja Malaysia 2020 yang sepatutnya berlangsung da­lam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI