fbpx

Lelaki maut ditimpa pokok pinang patah ketika angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat ditimpa pokok pinang tengah hari tadi.

Oleh WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Seorang lelaki maut selepas ditimpa pokok pinang patah akibat ribut kencang dalam kejadian di hujung bendang Kampung Relang, Batu Kurau dekat sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 1 tengah hari itu, mangsa, Hamize Abu Bakar, 58, ditemui orang awam dalam keadaan terbaring berhampiran motosikal miliknya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat tersebut daripada orang awam.

“Tiba di tempat kejadian, mangsa masih tidak sedarkan diri dan dia kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas ditimpa pokok pinang yang telah patah akibat angin kencang di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Osman, mangsa yang merupakan pengawal keselamatan sekolah itu sering ke lokasi kejadian bagi mengusahakan kebun selepas tamat waktu bekerja.

“Dia dipercayai ingin menunggang motosikal pulang ke rumah ekoran keadaan cuaca yang mendung dan angin kencang di lokasi kejadian sebelum ditimpa pokok pinang tersebut,” katanya.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI