fbpx

Seramai 663 ditahan ingkar PKPP semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seramai 663 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 617 individu telah dikompaun, 44 individu direman dan dua dijamin.

Beliau berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk penjarakan fizikal (239), tidak memakai pelitup muka (178), aktiviti di pusat hiburan (105), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (89) dan langgar syarat di kawasan PKPDB (20).

“Kesalahan lain termasuk tangkapan pendatang asing tanpa izin (16), terlibat dengan aktiviti pelacuran (8), aktiviti perjudian (3), tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan (3), premis beroperasi tanpa lesen (1) dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas (1),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Selain itu, katanya, seramai 76 Pati ditahan dalam Operasi Benteng semalam selain merampas tiga buah bot dan tiga kenderaan darat.

Sementara itu, Ismail berkata, sebanyak 21 operasi sanitasi awam dilaksanakan semalam meliputi dua zon merah, 10 zon kuning dan empat zon hijau di tujuh buah negeri.

Dalam pada itu, katanya, seramai 46,655 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa bermula 24 Julai lalu hingga semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,473 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 68 Hotel dan 18 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Seramai 381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 36,801 individu telah di discaj dan dibenarkan pulang ke
rumah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI