fbpx

PKPB: Semua perkhidmatan kerajaan tetap beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Semua perkhidmatan kerajaan tetap beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuat kuasa pada 14 hingga 27 Oktober depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataannya berkata, penjawat awam akan mengadaptasi sistem penggiliran dan bekerja dari rumah mengikut keperluan dengan mengambil kira kebajikan mereka.

Beliau berkata, ketua jabatan dikehendaki mematuhi Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31JLD.6(6) bertarikh 2 Mei 2020.

“Ketua jabatan hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan sewajarnya di samping memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya.

“Ini termasuklah melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menyediakan cecair pembasmi kuman.

“Pelaksanaan ini turut diguna pakai bagi mana-mana kawasan yang diisytiharkan PKPB,” katanya.

Mohd Zuki berkata, penggunaan aplikasi dalam talian juga perlu diberi keutamaan bagi meminimumkan perkhidmatan secara bersemuka seperti perkhidmatan kaunter dan mesyuarat, selari dengan amalan penjarakan fizikal.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata sidang khas MKN bersetuju melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI