fbpx

Majlis akad nikah di Klang ditangguhkan mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Semua temujanji majlis akad nikah yang telah dijadualkan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam (PAID) Klang ditangguhkan berkuatkuasa serta merta mulai esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, temujanji itu melibatkan yang telah dibuat sebelum atau pada Rabu lalu kepada
pasangan dari Zon Klang dan Zon Kapar.

“Penangguhan ini dibuat berikutan penangguhan semua aktiviti di masjid dan surau oleh JAIS di seluruh daerah Klang yang telah dikuatkuasakan Rabu lalu dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jumaat lalu.

“Sebarang temujanji akad nikah individu terlibat di PAID Klang akan dijadualkan semula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan jumlah pasangan pengantin yang terlibat dalam penangguhan tersebut.

Jelas beliau, sebarang perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan majlis akad nikah di daerah Klang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI