fbpx

Ekuinas lupus ekuiti dalam Coolblog

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) telah melupuskan ekuiti keseluruhannya sebanyak 60 peratus dalam syarikat penyedia pencuci mulut dan minuman tempatan, Coolblog Apps Sdn. Bhd. (Coolblog) pada ekuiti nilai berjumlah RM75 juta.

Coolblog dijual kepada firma pelaburan ekuiti persendirian, Archipelago Capital Partners (Archipelago) yang melabur dalam pasaran syarikat kecil sehingga pertengahan dengan menumpukan kepada barangan & perkhidmatan pengguna, perkhidmatan kewangan serta logistik & perindustrian.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata, pelaburan dalam Coolblog sudah matang untuk dilupuskan.

 

“Ini sebahagian daripada strategi pelaburan berhemat untuk menjamin kadar pulangan dalaman (IRR) yang positif, sejajar dengan langkah kami untuk melupuskan aset-aset di bawah Ekuinas Direct (Tranche II) Fund.

“Berdasarkan rekod cemerlang dalam industri barangan pengguna laris, pengalaman dalam ruang niaga perniagaan-ke-pengguna dan kepakaran dalam sektor makanan dan minuman, Archipelago rakan pelaburan tepat untuk memajukan Coolblog.

“Kami berbesar hati untuk Archipelago mengambil alih pe­ngendalian pertumbuhan Coolblog di Malaysia dan seluruh rantau ini,” katanya dalan kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Pelupusan itu menjana IRR sebanyak 6.4 peratus buat Ekuinas, bersamaan 1.4 kali modal dilaburkan.
Coolblog adalah jenama terkemuka dalam pasaran kios pencuci mulut dan minuman dengan lebih 270 cawangan di Malaysia, menawarkan lebih 25 perisa serta 300 produk berbeza.

 

 

Ekuinas memulakan pela­buran di Coolblog pada 2014 dan perniagaan itu menunjukkan trakjetori pertumbuhan sihat dengan hasil jualan me­ningkat kepada RM46.9 juta berbanding RM34 juta dari tahun kewangan 2017 ke tahun kewangan 2019.

Sehingga pertengahan Jun 2020, Coolblog mempunyai 195 pemegang francais dan 109 daripadanya adalah milik usahawan bumiputera.