fbpx

Waspada penipuan guna nama SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai.

Menurut SKMM, tuntutan hadiah itu kononnya dibuat di bawah satu skim bonus yang ditawarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi.

Katanya, e-mel tular di media sosial itu antara lain turut mendakwa hasil pemantauan dijalankan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati mangsa masih mempunyai transaksi belum diselesaikan.

“Ia melibatkan transaksi belum diselesaikan dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah skim TM Family Gift Bonus.

“Sehubungan itu, orang ramai digesa untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai juga dinasihatkan daripada memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor akaun bank kepada individu yang tidak dikenali.

“Kami juga menegaskan sebarang penggunaan logo SKMM oleh mana-mana pihak tanpa mendapat kelulusan adalah satu kesalahan,” ujarnya.

Sebarang laporan dan aduan berhubung penerimaan mesej sedemikian boleh dimajukan kepada pihak SKMM melalui talian aduan 1 800 188 030 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 016 2206262. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI