fbpx

STL 2020 ditunda gara-gara wabak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN STL 2020 terpaksa ditunda selepas seorang pegawai PSM mempunyai hubungan rapat dengan individu dijangkiti Covid-19. - Gambar hiasan

PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) enggan mengambil risiko mengenai penularan Covid-19 apabila membuat keputusan me­nunda saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim keempat semalam.

Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail mendedahkan terdapat seorang pegawai badan induk itu mempunyai hubungan rapat de­ngan individu yang dijangkiti wabak tersebut selepas menaiki bas ke STL dua minggu lalu.

Atas faktor keselamatan dan kesihatan, PSM bimbang berkemungkinan stafnya itu mungkin dijangkiti Covid-19 dan mengambil langkah terbaik menunda sai­ngan tersebut serta-merta.

“Terdapat seorang pegawai yang terlibat dengan STL 2020 telah menaiki bas dua minggu lalu dan berdasarkan laporan dari­pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat salah seorang penumpang lain di dalam bas tersebut telah disahkan positif Covid-19.

“Pegawai tersebut sekarang te­lah dikuarantin dan dalam pemantauan KKM.

“PSM mendapati ramai peserta STL 2020 dan STL Remaja 2020 yang mempunyai hubungan rapat dengan pegawai tersebut.

“Setelah berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Intitut Sukan Negara (ISN) dan Astro, PSM tidak sanggup dan tidak berani mengambil risiko demi menjaga nama baik sepak takraw dan PSM,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

PSM turut menegaskan, tiga kejohanan iaitu STL 2020, STL Remaja 2020 dan Piala Dato’ Seri Haji Ahmad Ismail ditunda buat sementara waktu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI