fbpx
Keadaan kereta mangsa selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 232.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), dekat sini, awal pagi tadi.

Seorang maut, dua parah dalam nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Breanna Anne Malar

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang remaja perempuan maut, manakala dua lagi rakannya cedera parah dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di kilometer 232.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai C. Breanna Anne Malar, 18, yang beralamat di Skudai, Johor.

Sementara itu, dua lagi rakannya iaitu lelaki berusia 20 tahun dan perempuan berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, kemalangan berkenaan membabitkan kereta jenis Toyota Yaris yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dengan sebuah lori jenis Isuzu.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan menghala ke Senawang. Sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta berkenaan telah hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang lori yang sedang bergerak di lorong kiri.

“Kereta yang dinaiki mangsa terbabas ke kiri lebuh raya dan telah melanggar tebing bukit. Mangsa yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang belakang maut kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Anuar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori, Mohd Isa Wahab, 49, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar roti dari Ayer Keroh menghala ke Senawang.

Menurutnya, seperti biasa dia memandu di lorong paling pelahan dan secara tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

“Dia segera memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan selepas memastikan kawasan berkenaan selamat.

“Sebaik saya menghampiri kereta berkenaan, banyak orang yang turut sama berhenti dan membantu mengeluarkan dua mangsa di hadapan yang tidak tersepit,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN