fbpx
MESSI (kiri) menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan kemenangan kepada Argentina ketika menewaskan Ecuador awal pagi semalam. – AFP

Penalti Messi bantu Argentina menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Argentina memulakan aksi pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan langkah kanan selepas menewaskan Ecuador 1-0 di Stadium La Bombonera pagi semalam.

Meskipun beraksi dalam stadium kosong, namun Persatuan Bola Sepak Argentina memasang kesan bunyi penyokong memberi sorakan ketika kapten, Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12.

Meskipun memastikan tiga mata berada dalam genggaman, namun pemain-pemain Argentina gagal menampilkan aksi memberangsangkan kerana sudah lama tidak bermain bersama.

“Amat penting untuk mulakan kempen kelayakan dengan kemenangan kerana kami tahu sai­­­ng­an selepas ini akan bertambah sukar, jadi kami lega untuk kutip tiga mata hari ini (semalam),” kata Messi.

Penyerang Barcelona itu turut berharap mereka akan menampilkan aksi lebih baik pada perlawanan akan datang memandangkan tidak beraksi bersama hampir setahun.

“Kami harap gaya permainan Argentina akan menjadi lebih baik berbanding hari ini (semalam). Ini adalah perlawanan kami sejak tahun lalu, jadi semua pemain agak gugup,” ujarnya.

Kemenangan itu turut menyaksikan Argentina kini melebarkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan di bawah bimbingan Lionel Scaloni meskipun beliau menyenaraikan tujuh muka baharu menentang Ecuador. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN