fbpx

Kenin terbayang gelaran kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENIN berjaya mara ke pentas perlawanan akhir Terbuka Perancis selepas membenam cabaran Kvitova awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Pemain Amerika Syarikat, Sofia Kenin semakin hampir untuk meraih gelaran Grand Slam keduanya musim ini apabila melangkah ke pentas final Terbuka Perancis selepas berjaya menewaskan jaguh Republik Czech, Petra Kvitova malam kelmarin.

Kenin mempamerkan aksi yang cukup baik apabila mengatasi Kvitova dengan kemenangan straight-set 6-4, 7-5 sekali gus melangkah ke pentas final kedua dalam kariernya.

Meskipun meraih kemena­ngan mudah, Kenin mengakui Kvitova merupakan lawan yang sukar dan tampil agresif hingga memaksanya untuk melipatgandakan usaha terutama menerusi pukulan servis.

“Kvitova merupakan pemain yang sangat agresif dan pukulan servis dia juga laju. Saya hampir tewas pada set kedua tetapi selepas beberapa aksi, saya mula membaca permainannya dan me­raih kemenangan.

“Saya gembira kerana berja­ya melangkah ke pentas final buat pertama kali di Paris dan saya harap mampu melakukan yang terbaik pada perlawanan seterus­nya,” kata Kenin.

Hasil kemenangan tersebut, Kenin dijadualkan berdepan pemain remaja berusia 19 tahun, Iga Swiatek selepas dia berjaya mengatasi Nadia Podoroska 6-2, 6-1.

“Impian saya menjadi kenya­taan dan tidak sangka saya mampu melangkah ke pentas final. Perjalanan saya ke final bukan mudah dan saya gembira berjaya melakukannya,” ujarnya Swiatek.
Swiatek menjadi pemain wani­ta kedua dari Poland melangkah ke final Terbuka Perancis selepas Jadwiga Jedrzejowska melakukannya pada 1939. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI