fbpx

Kena tangkap lepas sejam mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 11 PATI Indonesia ditahan selepas sejam mendarat di pesisir Pantai Logok, Mersing, Johor pagi tadi.

KUALA LUMPUR- Baru sejam mendarat di Malaysia, sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditangkap pasukan keselamatan ketika bersembunyi dalam hutan.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dilakukan oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja di sektor Ops Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia.

Katanya, hasil serbuan sekitar pukul 6.30 pagi tadi, seramai 11 orang PATI warga Indonesia terdiri daripada empat lelaki dan tujuh wanita berusia sekitar 23 hingga 45 tahun berjaya ditangkap.

“Kesemua mereka ditahan ketika sedang bersembunyi dalam hutan berhampiran pesisir Pantai Logok, Mersing, Johor setelah memasuki negara ini menggunakan laluan tidak sah.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Pos Tuan Sheh untuk dibuat pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM6,119 melibatkan wang tunai RM1,120 dan 5,067,600 Rupiah (RM1,432.21) serta tujuh buah telefon bimbit.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sedili. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI