fbpx

374 kes Covid-19, enam kluster lagi dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 374 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada enam kluster baharu iaitu empat di Selangor, satu di Sabah dan satu di Sarawak menjadikan jumlah kes positif sebanyak 15,096 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 372 kes adalah penularan tempatan manakala dua kes import dari Filipina.

“Enam kluster baharu yang dilaporkan hari ini ialah Kluster Highway di Sabah; Kluster Putra di Sarawak selain Kluster Utama, Kluster Bah Manggis, Kluster Tasik dan Kluster Simera yang kesemua dikenal pasti di Selangor ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Kesihatan.

Noor Hisham berkata, tiga kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 155 kes kematian sehingga kini dan kesemuanya direkodkan di Sabah.

Tambahnya, kematian tersebut membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 51, 54 dan 61 meninggal dunia di Hospital Semporna, Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Tawau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI