fbpx

Tujuh jalan ditutup di Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memenuhi Ibu Pejabat Polis Klang Selatan dipercayai bagi mendapatkan permit untuk perniagaan mereka beroperasi sewaktu pelaksanaan PKPB berkuat kuasa tengah malam ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Sebanyak tujuh jalan ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mukim Klang berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penutupan itu melibatkan dua kawasan iaitu Bukit Tinggi meliputi Jalan Batu Unjur 9, Jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn. Bhd dan Lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt.

Katanya, empat lagi jalan ditutup adalah di Taman Sri Andalas merangkumi berhadapan Masjid Ar- Rahimiah, Jalan Sri Siantan dan Sri Siantan 41 serta Jalan Sri Damak 53.

“Polis turut akan melakukan sekatan jalan raya melibatkan Persiaran Pegaga (Berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (Berhadapan 99 Speedmart) di Bukit Tinggi.

“Selain itu, sekatan jalan raya turut dijalankan di persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr. Ismail di kawasan Taman Sri Andalas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke kawasan Bukit Tinggi iaitu
(Bayu Perdana, Flat Sri Angkasa, Apartment Vista Bayu dan Bayu Villa) dan Taman Sri Andalas
dinasihatkan untuk mendapatkan surat kebenaran dari Balai Polis Bergerak yangh disediakan di dua lokasi tersebut.

Ujar Shamsul Amar, setakat ini tiada keperluan surat kebenaran atau permit khas bagi tujuan keluar atau masuk ke lain-lain kawasan di daerah Klang namun bergantung kepada perubahan semasa.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi PKPB atau berdepan tindakan kompaun sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada prosedur standard operasi (SOP).

“Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian03-33762400,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI