fbpx

Perangi Covid-19 tanggungjawab bersama – Raja Permaisuri Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baginda berkenan berangkat ke Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan Covid-19 di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan tanggungjawab memerangi wabak Covid-19 perlu dipikul bersama rakyat di seluruh negara.

Istana Negara melalui laman Facebooknya berkata, Tunku Azizah bertitah rakyat juga dinasihatkan agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak tersebut.

“Tanggungjawab memerangi wabak Covid-19 ini ialah tanggungjawab bersama dan seluruh rakyat, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, perlu bersatu untuk memastikan penularan wabak ini dapat dibendung dengan jayanya.

“Seluruh rakyat turut dinasihatkan untuk tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap pematuhan tatacara kebiasaan baharu, termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal, serta duduk di rumah atau mengelakkan berada di lokasi yang sesak jika tiada keperluan,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan kegusaran berikutan kes positif harian Covid-19 yang melonjak secara mendadak di mana angka harian kes baharu yang dilaporkan sejak 1 Oktober telah kembali kepada tiga digit.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan Covid-19 di Istana Negara hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan atas inisiatif dan cetusan idea Tunku Azizah dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI