fbpx

Pepe menyinar buat The Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEPE (tengah) meraikan jaringannya selepas meledak gol kedua Arsenal melalui larian solo menarik menewaskan tiga pemain Sheffield pada aksi di Stadium Emirates malam kelmarin. - ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji prestasi cemerlang Nicolas Pepe selepas pemain sayap sensasi itu berjaya menjaringkan gol cantik sewaktu menewaskan Sheffield United 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates malam kelmarin.

Bagaimanapun, Arteta, 38, melaungkan amaran kepada bintang Ivory Coast bernilai £72 juta (RM362.36 juta) itu supaya menampilkan aksi yang lebih konsisten jika mahu terus berada dalam skuad utama The Gunners musim ini.

“Saya sangat gembira dengan sumbangan Pepe kepada pasukan. Mereka (para pemain Arsenal) tidak gembira apabila saya membuat keputusan tidak me­nurunkannya sebelum ini.

“Apabila sudah diberi pe­luang, saya menuntut mereka agar fokus dan mempamerkan aksi terbaik. Ternyata, mereka tidak mensia-siakannya dengan memperagakan corak permainan menarik sekali gus menghadiahkan kemenangan buat pasukan.

“Ini adalah permainan terbaik Pepe dan saya berharap dia terus konsisten menunjukkan permainan cemerlang dalam usaha meraih tiga mata,” katanya.

Arsenal meraih dua gol menerusi tandukan Bukayo Saka dan larian solo menarik Pepe pada minit ke-61 serta 64, manakala David McGoldrick menghadiahkan jaringan sagu hati buat Sheffield tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

Kemenangan itu melonjakkan semula Arsenal ke tangga keempat dengan sembilan mata dan kembali ke landasan kemenangan selepas tewas 1-3 kepada Liverpool pada aksi EPL minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI