fbpx

Tahniah sayang, saya bangga dengan awak – Sheryl bangga Azzam menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheryl Shazwanie berkongsi gambar bersama Azzam.

KUALA LUMPUR – Bekas peserta Big Stage edisi tahun lalu, Sheryl Shazwanie semakin terbuka mendedahkan hubungan cintanya dengan Juara Big Stage 2020, Azzam Sham.

Sheryl atau nama lengkapnya, Sheryl Shazwanie Shamsulbahri, 23, berkongsi satu ciapan menerusi Twitter selepas Azzam dinobatkan sebagai juara program realiti tersebut malam tadi.

 

Sheryl dan Azzam sebelum ini pernah berduet menerusi lagu berjudul Jika Ini Takdirnya.

“Tahniah sayang @AzzamShanm. You truly deserve it & I’ve always been proud of you (Awak sememangnya layak menang dan saya selalu bangga dengan awak,” ciap Sheryl yang cukup dikenali menerusi lagu berjudul Perasaan.

Dalam ciapan tersebut, Sheryl turut berkongsi dua keping gambar mesra bersama Azzam.

Sheryl dan Azzam yang masing-masing bernaung bawah syarikat pengurusan sama, Rusa Music dan pernah muncul dengan single duet berjudul Jika Ini Takdirnya.

Dalam temu bual bersama Kosmo! sebelum ini, mereka pernah mendedahkan mempunyai hubungan istimewa namun kerana usia yang masih terlalu muda, mereka mahu fokus terhadap perancangan kerjaya terlebih dahulu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI