fbpx

MotoGP, WSBK tidak terjejas – Hachigo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKAN permotoran dijangka tidak terjejas dengan penarikan diri Honda dalam saingan F1, sebaliknya pengeluar enjin Jepun itu komited kepada MotoGP dan WSBK yang akan diteruskan.

LONDON – Presiden Honda, Takahiro Hachigo memberi ­jaminan perlumbaan lain seperti Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) mahupun Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) tidak akan terjejas susulan penarikan diri pengeluar enjin Jepun itu ­daripada saingan Formula Satu (F1).

Semalam, kecoh apabila pengeluar kenderaan gergasi Jepun itu mengumumkan untuk meninggalkan kancah perlumbaan F1 pada akhir musim 2021 bersama pasukan Red Bull.

Tindakan mengejut itu me­nimbulkan spekulasi bahawa Honda turut membuat keputusan sama untuk menarik diri dalam kejohanan sukan permotoran lain.

Ketika ini, Honda tampil cemerlang dalam saingan MotoGP menerusi Marc Marquez dan ­turut melakukan beberapa projek baharu dalam saingan WSBK.

“Perlumbaan memang ada dalam DNA Honda dan buat masa ini perlumbaan-perlumbaan lain tetap diteruskan se­perti biasa,” kata Hachigo.

Honda telah menandatangani kontrak baharu dengan Marquez hingga 2024. Pol Espargaro dan Alex Marquez turut kekal sehingga musim 2022.

Dalam pada itu, Honda masih memperbaharui kontrak dengan Dorna untuk meneruskan perlumbaan MotoGP sehingga 2022 hingga 2026. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI