fbpx

Hampir 1,000 ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Sebanyak 979 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dengan 944 daripadanya dikompaun iaitu jumlah tertinggi sejak perintah itu dilaksanakan 10 Jun lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan paling tinggi adalah penjarakan fizikal membabitkan 516 tangkapan diikuti gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (277) dan tidak memakai pelitup muka (163).

Beliau berkata, kesalahan lain termasuklah premis beroperasi lebih masa (10), aktiviti dalam kelab malam (tujuh), premis beroperasi tanpa lesen (dua), langgar perintah kuarantin (dua) dan masing-masing satu kesalahan enggan membuat saringan Covid-19 dan keluar kawasan PKPDB tanpa kebenaran.

“Selain itu, seramai 48 pendatang tanpa izin (PATI), dua tekong dan enpat penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng selain turut dirampas adalah tujuh kenderaan darat,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, seramai 38,321 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan negara sejak 24 Julai hingga 4 Oktober lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,698 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 106 dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 29,517 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 13 operasi sanitasi awam dilakukan semalam meliputi dua zon merah, dua zon kuning dan enam zon hijau yang membabitkan lima buah negeri dengan empat di Kedah, Pulau Pinang (4), Sabah (3), Sarawak (1) dan Terengganu (1). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI