fbpx

3 ahli sindiket godam akaun bank syarikat dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sasilah (depan), Karthik (baju merah) dan Mageswaran (baju kelabu) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menggodam akaun bank sebuah syarikat. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tiga ahli sindiket mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggodam akaun bank sebuah syarikat menjual peralatan dapur dan mengalihkan wang berjumlah RM727,000 milik syarikat berkenaan, Ogos lalu.

Tertuduh, M. Sasilah, 29, S. Karthik, 27, dan N. Mageswaran, 29, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R. Salini.

Sasilah, Karthik dan Mageswaran, masing-masing dituduh dengan curangnya mengalih harta milik sebuah syarikat peralatan dapur berjumlah RM150,000, RM270,000 dan RM307,000 yang dimasukkan ke akaun bank setiap tertuduh secara berasingan, pada 4 Ogos 2020.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Choon Yew memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh sebagai pengajaran selain kerugian ditanggung syarikat peralatan dapur kehilangan wang syarikat terbabit.

Sasilah ketika memohon hukuman ringan berkata, beliau yang bekerja sebagai tukang masak mempunyai enam anak dengan yang bongsu berumur setahun masih menyusu badan selain suaminya tidak bekerja.

Karthik dan Mageswaran, turut memohon hukuman ringan kerana masing-masing terpaksa menanggung keluarga mereka.

Majistret kemudian memerintahkan Sasilah, Karthik dan Mageswaran dihukum penjara masing-masing dua, empat dan lima bulan daripada tarikh penahanan mereka 30 September lalu.

Sasilah yang terkejut atas keputusan mahkamah dilihat menangis teresak-esak manakala Karthik dan Mageswaran dilihat hanya memandang lantai. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI