fbpx

Park Kyung si kaki buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK KYUNG

Penyanyi Park Kyung mengakui pernah menjadi seorang kaki buli ketika zaman persekolahannya.

Perkara itu diakuinya selepas seorang pengguna media sosial mendedahkah pernah dibuli oleh Park-Kyung sewaktu di sekolah menengah.

Park Kyung juga didakwa melakukan aktiviti memeras wang, merokok, mengambil alkohol dan kerap mengeluarkan kata-kata kesat.

Lebih mengejutkan, individu itu turut mendedahkan penyanyi terbabit sudah pernah melakukan hubungan intim sewaktu masih bergelar pelajar.

Tidak berdiam diri, penyanyi lagu Ordinary Love itu tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya itu.

“Saya amat menyesali dengan perbuatan tidak matang tersebut dan meminta maaf kepada mana-mana individu yang pernah terluka dengan tindakan lampau saya,

“Diharap individu yang pernah saya buli tampil atau terus menghubungi saya segera. Saya ingin bertemu secara peribadi untuk memohon maaf atas kekhilafan tersebut,” katanya.

Kongsinya lagi, antara faktor yang mengubah dirinya menjadi seorang pembuli adalah kerana sering diejek sebagai pelajar nerd.

“Dahulu, saya seorang pelajar yang rajin, namun saya pelik mengapa ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap itu sehingga sering diejek dan dipandang rendah oleh murid lain.

“Untuk melawan semula perkara tersebut, saya cuba menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang suka bermain sehingga sanggup melakukan perkara memalukan dan jahat terhadap orang lain,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI