fbpx

Lazio ‘sambar’ bintang buangan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREIRA menyertai Lazio secara pinjaman selama semusim selepas khidmatnya dikatakan tidak diperlukan lagi oleh United bagi menghadapi saingan musim ini. – AFP

MANCHESTER – Karier profesional pemain tengah Manchester United, Andreas Pereira kembali ‘bernyawa’ selepas melengkapkan perpindahan me­nyertai jaguh Serie A, Lazio secara pinjaman hingga akhir musim ini.

Perjanjian itu juga menyaksikan Lazio boleh membeli Pereira secara tetap dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta (RM134.7 juta) apabila tamat tempoh pinjaman tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu kini boleh mendapatkan se­mula prestasi terbaiknya se­lepas ‘dibekukan’ oleh pe­ngu­rus United, Ole Gunnar Solskjaer yang lebih gemar menggunakan khidmat Bruno Fernandes dan Donny van de Beek di bahagian tengah pasukannya musim ini.

Ia terbukti apabila pemain yang pernah membuat satu penampilan bersama pasukan senior Brazil itu langsung tidak tersenarai dalam skuad utama The Red Devils menghadapi dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Difahamkan, Lazio akan membayar keseluruhan gaji Pe­reira walaupun dia cuma berstatus sebagai pemain pin­jaman kerana pengendali pa­sukan itu, Simone Inzaghi mempunyai perancangan besar untuk mencabar kejuaraan Serie A musim ini.

Sebagai rekod, Pereira sering disisihkan apabila sekadar bermain sebanyak 45 perlawanan EPL bersama United sejak berhijrah daripada kelab Belanda, PSV Eindhoven pada 2011.

Namun, Pereira dilihat berjaya mempamerkan prestasi jauh lebih baik apabila tidak beraksi dengan United seperti dilakukannya ketika dipinjamkan kepada dua pasukan Sepanyol dalam saingan La Liga, Granada pada musim 2016/2017 dan Valencia (2017/2018). – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI