fbpx

Kucing Scottish Fold dirampas di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tindakan seorang pelajar Malaysia di sebuah universiti luar negara membawa pulang dua ekor kucing dari baka Scottish Fold tanpa sijil kesihatan veterinar membawa padah apabila haiwan tersebut dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Kejadian berlaku pukul 2 petang, pada 29 September lalu ketika pelajar wanita berusia 26 tahun itu tiba dari Moscow, Rusia.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, rampasan itu bagi mengelakkan penyakit boleh dibawa oleh kucing seperti Rabies, Parvo Virus dan Felino Infectious Peritonis (FIP) kepada manusia.

“Berdasarkan pemeriksaan mendapati pemilik kucing itu gagal mengemukakan Sijil Kesihatan Veterinar dari negara pengeksport.

“Siasatan turut mendapati harga bagi kedua-dua kucing tersebut dianggarkan RM10,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menambah wanita tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] .

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI