fbpx

Tujuh pengunjung terkandas di Air Terjun Telaga Tujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu seorang mangsa yang terkandas di puncak Air Terjun Telaga Tujuh menyeberangi sungai pada petang tadi.

LANGKAWI – Tujuh pengunjung pusat peranginan Air Terjun Telaga Tujuh di sini cemas apabila terkandas di kawasan puncak air terjun akibat air deras dalam kejadian pada petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.02 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat tujuh mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki terkandas di puncak air terjun.

“Mereka tidak dapat menyeberangi kerana air yang deras,” katanya hari ini.

Kata beliau, tujuh anggota bomba kemudian menggunakan tali penyelamatan dan jaket keselamatan untuk membantu mangsa menyeberangi laluan air.

“Kesemua mangsa iaitu lima wanita dan dua lelaki berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke kaki bukit,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI