fbpx

JSJ Sabah rekod keterangan Mohamaddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huzir

KUALA LUMPUR – Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah akan merekod keterangan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung dakwaannya insiden di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanyalah sandiwara dan peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya sudah mendapatkan temujanji dengan Mohamaddin untuk merakamkan percakapan beliau dalam tempoh terdekat.

“Mohamaddin bersetuju untuk beri keterangan dan kita akan panggil dalam masa terdekat ini.

“Satu pasukan terdiri daripada JSJ Sabah akan rekod percakapan bekas menteri itu, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pihak polis membuka kertas siasatan terhadap calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI