fbpx

Dinding retak, rumah bergegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JARAK terlalu dekat antara DASH dan Pangsapuri Seroja di Petaling Jaya menimbulkan kegusaran penduduk.

PETALING JAYA – Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang terlalu dekat dengan taman perumahan mengakibatkan berlaku kerosakan terhadap beberapa unit rumah di Pangsapuri Gugusan Dedap dan Pangsapuri Seroja, Kota Damansara, di sini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, di Pangsapuri Seroja, lebuh raya itu terlalu hampir dengan blok tersebut sehingga menimbulkan kegusaran penduduk mengenai keselamatan mereka, selain pertikaian mengenai spesifikasi pembinaan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Seorang penduduk di Pangsapuri Seroja, Norehan Mohaiddin, 48, berkata, rata-rata penduduk terganggu akibat pembinaan lebuh raya itu.

“Kadang-kadang mereka be­kerja seawal 2 pagi, dan waktu tidur penduduk terganggu akibat bunyi yang kuat dari tapak pembinaan.

“Kami juga tidak selesa de­ngan kedudukan lebuh raya yang terletak terlalu hampir dengan bumbung pangsapuri,” ujarnya.

 

PENDUDUK Gugusan Dedap mahukan pampasan daripada pihak DASH berikutan rumah mereka rosak.

 

Dipercayai, pihak Pengurusan Bersama Pangsapuri Seroja sedang mendapatkan pampasan daripada pihak pemaju.

Keadaan sama turut terjadi di Pangsapuri Gugusan Dedap.

Seorang penduduk, Warada Raju, 55, berkata, banyak rumah mengalami keretakan akibat gegaran sehingga menyebabkan mereka tidak lagi selesa men­diami pangsapuri berkenaan.

“Kerja-kerja pembinaan terutamanya pemasangan cerucuk mengakibatkan Pangsapuri Gugusan Dedap blok 1 hingga 5 me­ngalami gegaran.

“Dinding rumah mengalami keretakan sehingga paip dalam rumah bocor, bahkan ada antara kami terpaksa menggantikan keseluruhan jubin lantai,” kata­nya.

Selain daripada kerosakan rumah, kualiti udara juga bertambah buruk di sekitar kawasan itu.

“Saya terpaksa memasang pendingin hawa kerana habuk terlalu teruk sehingga menjejaskan kesihatan, terutama kepada warga emas yang menetap di sini,” jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Jennifer Tan, 38, berkata, sejak pembinaan DASH bermula pada 2018, pangsapuri itu juga kerap me­ngalami banjir.

“Air banjir bercampur dengan keladak daripada tapak pembinaan kadang kala naik sehingga kawasan tangga pangsapuri.

“Ia memberi kesan kepada kenderaan kami kerana tempat letak kereta terletak antara pangsapuri dan tapak pembinaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI