fbpx

Benfica terpaksa jual Dias ke City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAS (atas) dikatakan boleh menyelesaikan masalah bahagian pertahanan City dan mampu menjadi pengganti kepada legenda pasukan itu, Vincent Kompany. – AFP

LISBON – Benfica dilaporkan terdesak memerlukan dana hingga terpaksa menjual pemain pertahanan tengah, Ruben Dias kepada Manchester City dengan yuran perpindahan bernilai £65 juta (RM348.8 juta).

Tawaran tersebut adalah satu nilai yang tidak dapat ditolak Benfica kerana ia dapat memberikan keseimbangan kepada akaun kewangan mereka selepas gagal melangkah ke pentas Eropah musim ini.

Kegagalan Benfica ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas tersingkir di pusingan kelayakan ketiga kepada kelab Greece, PAOK Salonika menyaksikan jaguh Portugal itu kempunan untuk meraih dana seba­nyak £34 juta (RM182.5 juta).

Justeru, Benfica terpaksa mengambil langkah menjual Dias, 23, dan menggunakan dana itu membeli bek tengah City dari Argentina, Nicolas Otamendi menerusi yuran perpindahan yang jauh lebih rendah iaitu £13.7 juta (RM73.5 juta).

Ketua jurulatih Benfica, Jorge Jesus menjelaskan, pihaknya keberatan untuk melepaskan bintang muda skuad antarabangsa Portugal itu, namun terpaksa menerima hakikat kerana ia adalah jalan terbaik buat kelab tersebut.

“Kami tak sanggup melihat Dias pergi kerana dia bukan sahaja produk Akademi Benfica tetapi juga kapten kepada pasukan ini. Saya juga individu yang patut dipersalahkan kerana membenarkan perpindahan ini terjadi,” katanya.

Urusan penjualan itu dilihat lebih menguntungkan Benfica kerana City terpaksa melakukan pembelian panik selepas mencatat kekalahan memalukan 2-5 kepada Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI