fbpx

28 tan daging kerbau sejuk beku disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Sebanyak 28 tan daging kerbau sejuk beku disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kotena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan ketika pemeriksaan rutin pihaknya kira-kira pukul 4.20 petang itu mendapati kontena dari India itu membawa produk yang disyaki melakukan kesalahan mempunyai dokumen tidak lengkap.

“Pegawai penguatkuasa mendapati tiada sebarang maklumat seperti alamat loji penyembelihan dan alamat pengeksport tidak dinyatakan pada dokumen Sijil Halal dari negara pengeksport.

“Justeru, daging kerbau sejuk beku tersebut yang dianggarkan seberat 28,000 kilogram dan bernilai RM261,694.50 telah disita bagi siasatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI