fbpx

Penguat kuasa MBSA pakai kamera badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris (dua dari kanan) memegang buku Bajet 2021 Majlis Bandaraya Shah Alam selepas pembentangan bajet tersebut di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan dilengkapi kamera badan bagi mengelak dan menangani kes salah laku ketika menjalankan tugas.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kassim berkata, pembelian sebanyak 45 buah kamera itu telah diluluskan oleh pihaknya untuk penstriman secara langsung dan rakaman terus ke pusat arahan di Wisma MBSA.

“Setiap kamera badan tersebut berharga RM1,000 yang akan dipakaikan di badan penguat kuasa setiap kali operasi atau rondaan rutin dijalankan mereka.

“Kita berharap menerusinya boleh dijadikan bukti termasuk kes melibatkan orang ramai dan kakitangan MBSA sendiri,”katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2021 Majlis Bandaraya Shah Alam dan Mesyuarat Majlis Kali Ketujuh Tahun 2020 hari ini.

Beliau menambah, kamera badan itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditambah baik dalam memastikan setiap kakitangan terutama penguat kuasa mematuhi peraturan kerja ditetapkan pihaknya.

Dalam perkembangan penularan kes Covid-19 yang berlaku di daerah Shah Alam dan Klang, Haris menegaskan kerjasama sentiasa dilakukan bersama Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang pandemik tersebut.

“Contohnya pada 20 September lalu apabila melakukan operasi bersepadu di sebuah pusat hiburan di Setia Alam bersama PDRM dalam memastikan SOP dan peraturan dipatuhi mereka.

“Jika pandemik kembali meningkat, kita akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang pandemik Covid-19 sebagaimana yang kita lakukan di Jalan Puyuh Seksyen 6 sebelum ini,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI