fbpx

Suri rumah terkejut biawak masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor biawak berjaya ditangkap selepas masuk ke rumah penduduk Kampung Hilir Merbok dekat Sungai Petani semalam.

Oleh ABD. RAZAK OSMAN

SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah ketakutan apabila seekor biawak sepanjang 0.5 meter dengan berat kira-kira 30 kilogram (kg) masuk ke dalam bilik tidur rumahnya di Kampung Hilir Merbok di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu, biawak tersebut dikatakan masuk ke rumah Siti Asmah Abdul Rahim, 29, selepas dihalau penduduk di situ kerana menelan seekor itik.

Wanita terbabit kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkap reptilia itu.

Pegawai APM Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan dia bersama empat ahli keluarga berada dalam ketakutan selepas seekor biawak masuk ke dalam rumah mereka.

“Biawak itu dipercayai telah menelan seekor itik dari sebuah rumah jiran dan reptilia tersebut kemudian meluru masuk ke rumah pengadu selepas dihalau penduduk kampung.

“Reptilia itu dilihat masuk ke dalam bilik air sebelum masuk ke bilik tidur,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, seramai tiga anggota APM diketuai Prebet Muhamad Zikry Zafuan terus ke lokasi untuk menangkap biawak tersebut.

“Setelah membuat pencarian, anggota berjaya mengesan dan menangkapnya kira-kira pukul 2.42 petang sebelum ia dilepaskan ke lokasi lain iaitu sekitar kawasan Sungai Merbok,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI