fbpx

Reman dua anggota polis cabul dua pelajar perempuan disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh ASLIZA MUSA

TAIPING – Polis melanjutkan tahanan reman terhadap dua anggota polis yang disyaki terlibat mencabul dua pelajar perempuan sebuah kolej di Taiping Selasa lalu.

Koperal dan lans koperal berusia 35 dan 27 tahun itu ditahan sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat ketika dihubungi mengesahkan tempoh reman yang ditambah dua hari lagi.

“Kedua-dua suspek disambung reman dua hari lagi sehingga Rabu selepas reman awal mereka tamat hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam Selasa lalu, pelajar perempuan berusia 18 dan 19 tahun itu mendakwa dipaksa menaiki kereta peronda Proton Preve dan dibawa ke kawasan perindustrian yang sunyi dan gelap.

Mangsa mendakwa suspek menarik mereka masuk ke dalam bangunan kosong dan memujuk melakukan hubungan seks selain meraba sebelum menghantar mereka pulang ke asrama di Kamunting.

Kedua-dua mangsa sebelum itu bersama dua rakan lelaki melepak di Taman Tasik Taiping sebelum didatangi suspek.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI