fbpx

PKPDB di empat daerah Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

Ini bermakna semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob berkata, keputusan itu diambil atas nasihat Menteri Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“PKPDB berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, 29 September sehingga 12 Oktober dan akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk.

“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya menurut satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, individu bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terlibat sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan, manakala semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan di empat daerah terlibat.

Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan turut dibuka di kawasan PKPDB.

Kementerian Kesihatan telah mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di kesemua daerah itu dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu.

Daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia , Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

“Semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” jelasnya.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI