fbpx

PKPD Zon Melor tamat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan secara Pentadbiran (PKPD) di Zon Melor, Amanjaya, Kedah yang dilanjutkan bermula 14 September lalu akan ditamatkan hari ini seperti yang telah dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan itu dibuat selepas tiada penambahan kes baru positif Covid-19 direkodkan untuk tempoh 13 hari iaitu sejak 14 September lalu.

“Sebanyak 4,931 sampel telah diambil di Zon Melor dan bilangan kes positif Covid-19 kekal 13 kes seperti yang direkodkan pada 13 September lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI